Blog Cigu Lian

Salam perkenalan

Saya Cigu Lian Fee Choo

Setelah bersara selama 2 tahun, hasrat untuk menulis kisah perjalanan hidup dan karier sebagai pendidik mula berputik. Rakan-rakan rapat pernah menasihati saya agar berkongsi pengalaman sebagai pendidik.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu. Namun pada hari ini bersamaan 16 Mei 2025, bersempena Hari Guru, saya menyahut panggilan itu dengan hati yang terbuka. Mungkin juga saya sudah puas berehat selama 2 tahun. 😄

Perjalanan karier saya bermula dari:

  • Seorang guru selama 5 tahun

  • Diikuti dengan Penolong Kanan selama 7 tahun

  • Pengetua Sekolah selama 18 tahun

  • Dan berakhir dengan jawatan Pegawai SIP+ di Pejabat Pendidikan Daerah selama 2 tahun

Secara keseluruhannya saya telah berkhidmat selama 32 tahun.

Disebabkan perjuangan yang begitu lama di bumi Sabah, saya memilih panggilan CIGU kerana Sabah amat dekat di hati saya.

Saya membuat keputusan untuk menulis di ruang maya ini agar saya boleh berbicara secara santai. Semua liku dan warna perjalanan karier ini dihasilkan dalam bentuk cerita. Di sebalik cerita, terselit pengajaran yang boleh kita jadikan pedoman.

Semoga hasil nukilan dalam blog ini memotivasikan anda serta menjadikan anda lebih baik daripada saya. Selamat membaca dan kita akan berjumpa pada setiap dua minggu.

从音节拼读到企业职场

从音节拼读到企业职场

从音节拼读到企业职场Lian Fee Choo
Published on: 09/10/2026

难道一次小小的引导,真的足以改变一个人的整个人生轨迹吗?

DARI SUKU KATA KE DUNIA KORPORAT

DARI SUKU KATA KE DUNIA KORPORAT

DARI SUKU KATA KE DUNIA KORPORATLian Fee Choo
Published on: 09/10/2026

Benarkah satu bimbingan kecil sudah cukup untuk mengubah seluruh perjalanan hidup seseorang?