LEBIH DARI SEKADAR PAKAIAN : AURA SEORANG GURU
Di sebalik penampilan guru, tersimpan nilai yang lebih dalam tentang bagaimana guru menghargai diri dan profesionnya.

Setelah bersara selama 2 tahun, hasrat untuk menulis kisah perjalanan hidup dan karier sebagai pendidik mula berputik. Rakan-rakan rapat pernah menasihati saya agar berkongsi pengalaman sebagai pendidik.
Pada mulanya saya agak ragu-ragu. Namun pada hari ini bersamaan 16 Mei 2025, bersempena Hari Guru, saya menyahut panggilan itu dengan hati yang terbuka. Mungkin juga saya sudah puas berehat selama 2 tahun. 😄
Perjalanan karier saya bermula dari:
Seorang guru selama 5 tahun
Diikuti dengan Penolong Kanan selama 7 tahun
Pengetua Sekolah selama 18 tahun
Dan berakhir dengan jawatan Pegawai SIP+ di Pejabat Pendidikan Daerah selama 2 tahun
Secara keseluruhannya saya telah berkhidmat selama 32 tahun.
Disebabkan perjuangan yang begitu lama di bumi Sabah, saya memilih panggilan CIGU kerana Sabah amat dekat di hati saya.
Saya membuat keputusan untuk menulis di ruang maya ini agar saya boleh berbicara secara santai. Semua liku dan warna perjalanan karier ini dihasilkan dalam bentuk cerita. Di sebalik cerita, terselit pengajaran yang boleh kita jadikan pedoman.
Semoga hasil nukilan dalam blog ini memotivasikan anda serta menjadikan anda lebih baik daripada saya. Selamat membaca dan kita akan berjumpa pada setiap dua minggu.
Di sebalik penampilan guru, tersimpan nilai yang lebih dalam tentang bagaimana guru menghargai diri dan profesionnya.
Catatan santai tentang ragam guru, amanah, komitmen dan realiti yang mewarnai dunia sekolah.
Berhenti mencari siapa yang salah, sebaliknya mulakan usaha bersama untuk membentuk generasi masa depan.
Kesejahteraan guru memacu kecemerlangan murid dan melahirkan pendidikan yang berkualiti.
Kepercayaan, galakan dan peluang mampu menyerlahkan bakat dan potensi seseorang pelajar.