Blog Cigu Lian

Salam perkenalan

Saya Cigu Lian Fee Choo

Setelah bersara selama 2 tahun, hasrat untuk menulis kisah perjalanan hidup dan karier sebagai pendidik mula berputik. Rakan-rakan rapat pernah menasihati saya agar berkongsi pengalaman sebagai pendidik.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu. Namun pada hari ini bersamaan 16 Mei 2025, bersempena Hari Guru, saya menyahut panggilan itu dengan hati yang terbuka. Mungkin juga saya sudah puas berehat selama 2 tahun. 😄

Perjalanan karier saya bermula dari:

  • Seorang guru selama 5 tahun

  • Diikuti dengan Penolong Kanan selama 7 tahun

  • Pengetua Sekolah selama 18 tahun

  • Dan berakhir dengan jawatan Pegawai SIP+ di Pejabat Pendidikan Daerah selama 2 tahun

Secara keseluruhannya saya telah berkhidmat selama 32 tahun.

Disebabkan perjuangan yang begitu lama di bumi Sabah, saya memilih panggilan CIGU kerana Sabah amat dekat di hati saya.

Saya membuat keputusan untuk menulis di ruang maya ini agar saya boleh berbicara secara santai. Semua liku dan warna perjalanan karier ini dihasilkan dalam bentuk cerita. Di sebalik cerita, terselit pengajaran yang boleh kita jadikan pedoman.

Semoga hasil nukilan dalam blog ini memotivasikan anda serta menjadikan anda lebih baik daripada saya. Selamat membaca dan kita akan berjumpa pada setiap minggu.

Peluang Bukan Hanya Membuka Pintu Kejayaan, Tetapi Membina Keyakinan

Peluang Bukan Hanya Membuka Pintu Kejayaan, Tetapi Membina Keyakinan

Peluang Bukan Hanya Membuka Pintu Kejayaan, Tetapi Membina KeyakinanLian Fee Choo
Published on: 24/10/2025

Kita harus memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan potensi sebenar mereka. Seperti pepatah mengatakan, “apa yang ditabur, itulah yang dituai.” Saya amat bersyukur kerana usaha yang dicurahkan dahulu akhirnya membuahkan hasil, bukan hanya kepada orang lain, tetapi juga kepada anak saya sendiri.

Pendidikan
Setiap Permulaan Baharu Membawa Harapan Baharu

Setiap Permulaan Baharu Membawa Harapan Baharu

Setiap Permulaan Baharu Membawa Harapan BaharuLian Fee Choo
Published on: 17/10/2025

Pengetua adalah nadi kepada hala tuju dan budaya sesebuah sekolah. Kepimpinan mereka akan memberi kesan langsung terhadap semangat guru, perkembangan murid dan suasana keseluruhan di sekolah. Seorang pengetua bukan hanya bertanggungjawab mengurus hal pentadbiran, tetapi juga menjadi suri teladan, pembimbing dan pencetus perubahan positif.

Pendidikan
PERJUANGAN MEMARTABATKAN PUSAT TINGKATAN ENAM

PERJUANGAN MEMARTABATKAN PUSAT TINGKATAN ENAM

PERJUANGAN MEMARTABATKAN PUSAT TINGKATAN ENAMLian Fee Choo
Published on: 10/10/2025

Tidak semua yang melangkah ke Tingkatan Enam sedar bahawa mereka sedang menghampiri pintu menara gading. Jalan ini sukar, tapi yang berusaha pasti akan sampai. Kerana dalam dunia pendidikan, usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Pendidikan
Kita Mengajar Bukan Sekadar Dengan Buku, Tapi Dengan Jiwa

Kita Mengajar Bukan Sekadar Dengan Buku, Tapi Dengan Jiwa

Kita Mengajar Bukan Sekadar Dengan Buku, Tapi Dengan Jiwa
Lian Fee Choo
Published on: 03/10/2025

Saya percaya bahawa setiap tindakan yang lahir daripada niat yang betul akan membuahkan hasil yang baik. Tidak mengapa jika sesekali dilabel garang atau cerewet, asalkan pelajar tahu semua itu demi kebaikan mereka. Apabila mereka berdiri dengan kejayaan, mereka tahu pernah ada guru yang memilih untuk tidak berputus asa.

Pendidikan
Kelas Hujung Ujian Kita, Di Sana Tertulis Nilai Sebenar Seorang Guru

Kelas Hujung Ujian Kita, Di Sana Tertulis Nilai Sebenar Seorang Guru

Kelas Hujung Ujian Kita, Di Sana Tertulis Nilai Sebenar Seorang GuruLian Fee Choo
Published on: 26/09/2025

Jangan biarkan 5% pelajar yang enggan belajar merampas semangat kita untuk mendidik 95% yang mahu belajar. Mereka yang mahu belajar itu berhak mendapat peluang terbaik. Biar kita kalah pada yang tidak mahu, asalkan kita menang untuk yang benar-benar ingin maju.

Pendidikan
SYAFARINAH HARUN :  Kejayaan ini bukan milik saya seorang. Ia milik seluruh sekolah.

SYAFARINAH HARUN : Kejayaan ini bukan milik saya seorang. Ia milik seluruh sekolah.

SYAFARINAH HARUN :  Kejayaan ini bukan milik saya seorang. Ia milik seluruh sekolah.Lian Fee Choo
Published on: 19/09/2025

Kejayaan seseorang pelajar bukan hanya hasil usaha individu, tetapi merupakan buah tangan dan sokongan ramai pihak di sekelilingnya - guru-guru yang mendidik, ibu bapa yang mendoakan, rakan-rakan yang memberi semangat dan seluruh komuniti sekolah yang percaya dan menyokongnya. Kejayaan Syafarinah turut menjadi simbol harapan dan keyakinan kepada pelajar-pelajar lain yang bakal mewarisi jejaknya.

Pendidikan