Blog Cigu Lian

Salam perkenalan

Saya Cigu Lian Fee Choo

Setelah bersara selama 2 tahun, hasrat untuk menulis kisah perjalanan hidup dan karier sebagai pendidik mula berputik. Rakan-rakan rapat pernah menasihati saya agar berkongsi pengalaman sebagai pendidik.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu. Namun pada hari ini bersamaan 16 Mei 2025, bersempena Hari Guru, saya menyahut panggilan itu dengan hati yang terbuka. Mungkin juga saya sudah puas berehat selama 2 tahun. 😄

Perjalanan karier saya bermula dari:

  • Seorang guru selama 5 tahun

  • Diikuti dengan Penolong Kanan selama 7 tahun

  • Pengetua Sekolah selama 18 tahun

  • Dan berakhir dengan jawatan Pegawai SIP+ di Pejabat Pendidikan Daerah selama 2 tahun

Secara keseluruhannya saya telah berkhidmat selama 32 tahun.

Disebabkan perjuangan yang begitu lama di bumi Sabah, saya memilih panggilan CIGU kerana Sabah amat dekat di hati saya.

Saya membuat keputusan untuk menulis di ruang maya ini agar saya boleh berbicara secara santai. Semua liku dan warna perjalanan karier ini dihasilkan dalam bentuk cerita. Di sebalik cerita, terselit pengajaran yang boleh kita jadikan pedoman.

Semoga hasil nukilan dalam blog ini memotivasikan anda serta menjadikan anda lebih baik daripada saya. Selamat membaca dan kita akan berjumpa pada setiap dua minggu.

 TUGAS SAMPINGAN – LALUAN MEMBINA KEWIBAWAAN GURU

TUGAS SAMPINGAN – LALUAN MEMBINA KEWIBAWAAN GURU

 TUGAS SAMPINGAN – LALUAN MEMBINA KEWIBAWAAN GURULian Fee Choo
Published on: 24/04/2026

Menjadi guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Di sebalik tugasan tambahan, tersembunyi hikmah besar tentang kepimpinan, tanggungjawab dan kematangan diri. Setiap amanah yang diterima walaupun kecil, melatih guru berfikir secara strategik, berani membuat keputusan dan membina jati diri sebagai pemimpin.

Pendidikan
 “NASI MAKAN SAYA” - RENUNGAN SEORANG MANTAN PENGETUA TENTANG LITERASI MURID

“NASI MAKAN SAYA” - RENUNGAN SEORANG MANTAN PENGETUA TENTANG LITERASI MURID

 “NASI MAKAN SAYA” - RENUNGAN SEORANG MANTAN PENGETUA TENTANG LITERASI MURIDLian Fee Choo
Published on: 27/03/2026

Pendidikan sepatutnya menjadi jambatan yang membawa murid ke hadapan, bukannya lorong yang membuat mereka tersesat di tengah perjalanan. Dari ayat sederhana “Nasi makan saya” hingga kepada realiti murid yang tercicir dalam pembelajaran, penulisan ini membincangkan peranan ibu bapa, guru dan sekolah dalam memastikan setiap anak mendapat asas membaca dan menulis yang kukuh. Sebuah catatan penuh refleksi, harapan dan penyelesaian untuk masa depan pendidikan yang lebih inklusif.

Pendidikan
 LIFE’S UNEXPECTED PATHS : A JOURNEY OF FAITH AND LEADERSHIP (PART 2)

LIFE’S UNEXPECTED PATHS : A JOURNEY OF FAITH AND LEADERSHIP (PART 2)

 LIFE’S UNEXPECTED PATHS : A JOURNEY OF FAITH AND LEADERSHIP (PART 2)Lian Fee Choo
Published on: 13/03/2026

Journey through the inspiring story of a teacher whose life and career were shaped by faith, perseverance and divine guidance. From early setbacks, missed opportunities and unexpected turns, to leadership challenges and career milestones, this story reveals how obstacles can become stepping stones toward growth and fulfillment. Through reflections on patience, resilience and trust in God’s plan, readers will discover valuable lessons on embracing life’s uncertainties, finding purpose in adversity and recognizing the hidden blessings in every experience.

Pendidikan